Wednesday, September 2, 2009

SEJARAH BILL GATES


William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

No comments:

Post a Comment