Tuesday, September 29, 2009

JENAYAH KOMPUTER

Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam computer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.
Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

Contoh contoh jenayah komputer ialah:
1. Penipuan (komputer) yang dilakukan dengan mengubah rekod rekod komputer.
2. Spamming iaitu menghantar iklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam akaun e-mel mangsa.
3 phishing iaitu menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa mengklik pautan melalui e-mel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat sulit pengguna.
4. Melancarkan perisian pengintip yang memasuki komputer orang lain tanpa disedari, sama ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk melancarkan tetingkap "pop-up" iklan secara berterusan.
5. Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran Pencerobohan (komputer).
6.Perisikan perindustrian
Menghasil dan menyebarkan virus komputer
7. Teknik Salami iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat kecil.
1. Kuda troy
2. Cetak Rompak

1 comment: